1.0
JUSTIFIKASI
1.1 Program Sinar Harapan 2014 adalah satu program yang dirangka untuk memberi bimbingan dan motivasi kepada kumpulan
anak-anak yatim sebagai platform untuk mereka membina semangat dalam diri dan
membentuk peribadi mulia disamping memupuk keyakinan diri sebagai persiapan
menuju kejayaan.
1.1 Selain itu, program ini adalah untuk memberi pendedahan
kepada para pelajar dengan penghayatan ilmu pengetahuan, agama, tanggungjawab
serta membentuk keyakinan diri para pelajar dalam mengharungi kehidupan sebagai
seorang pelajar.
1.2 Sepanjang program ini berlansung, peserta akan
diperkukuhkan lagi dengan nilai-nilai cintakan ilmu, penghayatan kepada agama,
tanggungjawab kepada diri dan sekitar dan yang paling penting stuktur latihan
untuk program ini dirangka untuk memberi motivasi dan meningkatkan semangat
buat mereka untuk belajar dan berjaya selari dengan tema program ini “Menitip
Harapan, Menyinar Senyuman”.
1.3 Stuktur latihan yang dibina melalui program ini juga
mengandungi elemen pembinaan keyakinan diri dimana ini dapat sedikit sebanyak
membina keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar.
1.4 Memberi satu
gambaran bahawa masyarakat khususnya golongan mahasiswa mengambil tahu tentang
kondisi mereka dan mereka bukan keseorangan.
1.5 Selain itu, menerusi kursus yang dirangka khas, mereka
juga akan diterapkan dengan 9 aspek utama nilai murni untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian dalam membentuk insan yang berkeperibadian mulia dan syumul.
1.6 Memberi ruang buat siswa-siswi UMK untuk berbakti kepada
golongan anak-anak yatim ini dan sekali gus semoga dengan program ini, dapat
mengukir senyuman diwajah anak-anak ini.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk
generasi muda siswa-siswi yang mempunyai jati diri yang kental serta memahami
hasrat kerajaan membina masyarakat Malaysia yang saling menghormati dan
menyayangi tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang.
2.2 Menjadikan
Program Sinar Harapan 2014 ini sebagai
salah satu bentuk keusahawanan sosial yang cuba diterapkan kepada mahasiwa/i UMK
terlibat.
2.3 Memberi
pengalaman dan pengetahuan berharga kepada anak-anakyatim yang menyertai program ini kerana ia sangat
bermanfaat untuk pengembangan peribadi mahupun
pada proses belajar dan mengajar yang efektif.
2.4 Memberi
peluang kepada ahli PRS UMK untuk belajar secara lansung mengenai cara urus
tadbir sesuatu program luar bilik kuliah dan dapat membantu dalam
pengaplikasian kemahiran insaniah pelajar.
2.5 Disamping
itu, program sebegini adalah untuk membantu penghuni rumah kebajikan dan rumah
jagaan yang kurang berkemampuan serta
memberi pendedahan mengenai kepentingan pelajaran kepada mereka untuk
mengharungi cabaran masa hadapan dengan jayanya.
2.6 Salah
satu medium pendekatan baru yang mendekatkan golongan mahasiswa dan golongan
anak-anak yatim ini.
2.7 Selain
itu, program ini distrukturkan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri peserta
apabila berhadapan dengan khalayak ramai.
2.8 Memupuk nilai-nilai murni seperti nilai kecintaan tehadap
ilmu dalam diri setiap peserta supaya mereka mencintai ilmu dan sekali gus
mencipta kejayaan dalam pelajaran agar apabila mereka keluar kepada masyarakat
mereka akan tidak dipandang rendah oleh orang lain.
2.9 Disamping
itu, program ini diadakan adalah kerana ingin memberi mereka satu harapan
bahawa masyarakat kini amat mengambil berat tentang mereka dan semoga program
ini dapat mengukir sanyuman diwajah mereka sekaligus supaya dengan kehadiran
mahasiswa/i UMK ini dapat mengisi kekosongan yang ada dalam diri mereka.
3.0 PELAKSANAAN
3.1 Tempat : Pondok
Moden Jeli
3.2 Tarikh : 20
– 22 Mac 2014 (Khamis – Sabtu)
3.3 Penyertaan/penglibatan/sasaran :
3.3.1
20
orang PRS Universiti Malaysia Kelantan (Fasilitator)
3.3.2
80 orang peserta terdiri daripada
pelajar SPM dari 4 buah rumah jagaan anak-anak yatim..
No comments:
Post a Comment